Berita

UM fokus peringkat pemprofilan, peserta BMT perlu lebih serius

PESERTA mengalirkan air mata atas keprihatinan JWP.
- Diterbit 20 Januari 2023 3:56 AM MYT

“PESERTA Program Pembasmian Kemiskinan Tegar (BMT) Fasa 2 harus mempunyai minat, semangat serta komitmen sepenuhnya agar penguasaan kemahiran serta pengetahuan berkenaan perniagaan dapat ditingkatkan,” ujar Pemangku Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz, Universiti
Malaya (UM), Profesor Dr Rohani Jani.

Beliau berkata demikian sejurus program inisiatif Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dengan kerjasama
UM yang berlangsung di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, fokus utama pihak UM ketika ini adalah di peringkat pemprofilan yang mana mereka akan menyelidik secara terperinci perniagaan yang ingin dijalankan oleh peserta sebelum memberi latihan selanjutnya.

Profesor Dr Rohani Jani.

Alhamdulillah, Fasa 1 menyaksikan kira-kira 40 peserta telah mula meniaga meskipun masih dalam tempoh kursus. Pendekatan yang kami lakukan adalah memberi kursus motivasi, pendedahan tentang keusahawanan dan kemahiran antaranya membuat kek, jahitan dan sebagainya.

“Antara yang berjaya dan masih aktif adalah kursus membuat kek dan roti yang mana peserta perlu mengikuti kelas pada setiap hari Sabtu di UM dan akan mempelajari lapan modul yang dipecahkan kepada empat kumpulan dengan bantuan cef-cef bertauliah,” ujar beliau peserta perlu mengikuti kesemua kelas tersebut.

Kata beliau, bagi meningkatkan lagi semangat peserta yang menyertai BMT Fasa 2, pihaknya
akan memanggil peserta dari Fasa 1 untuk berkongsi pengalaman bagaimana perasaan mereka setelah berjaya menjalankan perniagaan dengan cara yang betul.

Terdahulu, BMT Fasa 2 adalah lanjutan daripada Program BMT Fasa 1 dan merupakan inisiatif di
bawah Rancangan Malaysia Ke12 (RMK-12) dengan memberi tumpuan kepada pembasmian miskin tegar dalam kalangan Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) miskin tegar di seluruh negara menjelang tahun 2025. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas