Berita

Tadbir urus tanah secara elektronik

||MUHAMMAD YASIR
- Diterbit 16 Oktober 2020 5:12 AM MYT

SISTEM e-Tanah ­merupakan inisiatif dan langkah proaktif ­kerajaan untuk merealisasikan objektif mendigitalkan sistem pentadbiran ­tanah secara ­elektronik agar lebih efektif, telus dan ­berintegriti.

Secara dasarnya, sistem e-Tanah telah diaplikasikan merangkumi keseluruhan perundangan tanah yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara (KTN).

MUHAMMAD YASIR

Menurut Pengarah ­Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, ­Muhammad ­Yasir Yahya, pelaksanaan ­sistem e-Tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ­bermula pada 19 Jun 2016 secara berfasa dan ­mengandungi sembilan (9) modul utama merangkumi keseluruhan urusan pentadbiran ­tanah seperti pelupusan ­tanah, pembangunan tanah, pendaftaran hak milik, kebenaran pindahan, urusniaga dan ­bukan urusniaga, pengambilan tanah, lelongan awam dan juga pungutan hasil ­tanah.

Justeru katanya, sistem e-Tanah memberi faedah dan impak positif kepada ­kerajaan dalam menjalankan pentadbiran tanah secara digital dan menyediakan perkhidmatan kepada orang awam secara elektronik ­melalui pelaksanaan Single Point of Contact (SPOC) dan juga atas talian.

“SPOC adalah Pusat Per­khidmatan Setempat ­dalam sistem e-Tanah yang menyedia kemudahan ­perkhidmatan pelanggan yang komprehensif kepada orang awam bagi berurusan di ­Pejabat ­Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTG WPKL).

“Bagi ­melestarikan ­perkhidmatan yang ­berpaksikan rakyat, ­Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian bersama Pejabat ­Pengarah Tanah dan ­Galian Wilayah Persekutuan ­Kuala Lumpur menawarkan ­beberapa perkhidmatan secara atas talian melalui Portal Awam e-Tanah ­WPKL ­seperti pembayaran cukai tanah dan petak, carian ­persendirian hakmilik dan carian ­daftar strata, ­permohonan tanah dan ­semakan status ­permohonan,” katanya ­kepada Wilayahku, ­baru-baru ini.

Selain itu, ­Portal Awam e-Tanah WPKL turut ­menyediakan perkhidmatan sistem ­carian bersepadu ­iaitu Single ­Windows Search (SWS) secara atas ­talian bagi memudah dan menjimatkan masa pemohon melaksanakan urusan hartanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menurut Muhammad ­Yasir, sebelum perkhidmatan ini diperkenal, ­prosedur pendaftaran ­hartanah memerlukan pemohon hadir ke jabatan atau agensi terlibat untuk membuat carian ­maklumat hakmilik (PPTG ­WPKL), ­status ­kebangkrapan ­(Jabatan Insolvensi) dan maklumat syarikat (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) secara berasingan.

Namun setelah ­perkhidmatan SWS ­dilaksanakan katanya, ­pemohon kini boleh membuat carian maklumat bagi ketiga-tiga platform ­tersebut secara serentak melalui Portal Awam ­e-Tanah ­WPKL pada bila-bila masa dan di mana jua tanpa ­perlu ke kaunter PPTG WPKL ­mahupun agensi terlibat selaras hasrat kerajaan ­untuk mengurangkan urusan di kaunter melalui ­pemanfaatan pendigitalan.

“Perkhidmatan SWS secara single sign on ini telah berjaya mengurangkan prosedur bagi pendaftaran hartanah di Kuala Lumpur daripada lapan prosedur kepada lima prosedur sahaja.

“Inisiatif ini ­secara langsung berjaya ­meletakkan Malaysia pada ­kedudukan ke-33 daripada 190 ­negara dalam laporan Ease of ­Doing ­Business 2020 oleh Bank Dunia ­bagi indikator ­pendaftaran hartanah, selain turut mendapat ­pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi ­tempat pertama kategori ­perkhidmatan awam dalam ASEAN ICT Award pada tahun 2018,” jelasnya.

Sementara itu, sejajar ­dengan Revolusi Industri 4.0 dan era Kerajaan ­Digital, ­keperluan dan kehendak rakyat dalam melaksana sebarang urusan dengan pihak kerajaan secara atas talian dapat dilaksanakan dengan menyeluruh (end-to-end) ­tanpa perlu bersemuka, menjadi salah satu ­keutamaan kerajaan.

Sehubungan itu ­kata Muhammad Yasir, sistem e-Tanah WPKL akan terus ditingkatkan ­keupayaannya melalui pelaksanaan ­Online Presentation and ­Registration (OPR) di ­mana urusan penyerahan dan pendaftaran urusniaga tanah bakal ­dilaksanakan secara ­elektronik sepenuhnya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas