Selebriti

Sharnaaz buat kecoh raih jutaan tontonan… Tapi warganet perasan ada ‘sesuatu’ di lengan Jebat

- Diterbit 3 Januari 2024 8:23 PM MYT

KECOH betul dalam media sosial apabila anak Sharnaaz iaitu  Jebat kehilangan beg kesayangannya.

Habis satu rumah dicari, beg Jebat Jayden tetap tak jumpa. Hingga akhirnya Sharnaaz hampir ‘give up’.

“Mana tak hangin, masa ni pula beg Mommyhana Jebat hilang. Korang tolong mamu (saya) boleh? Misi mencari beg jebat bermula,” tulisnya.

Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah aksi comel Jebat. Malah, kepetahan Jebat bercakap juga membuatkan pengguna laman sosial terhibur.

Apa yang lebih membuatkan warganet teruja adalah lakonan bersahaja yang ditunjukkan Jebat. Aksi merajuknya sebab beg kesayangan hilang disifatkan sangat comel. Malah, video itu mencecah 1.4 juta tontonan.

KECOH beg kesayangan Jebat hilang.

Tidak cukup dengan itu, kekecohan mencari beg Jebat juga turut terkena tempias beberapa rakan selebriti seperti Shuib, Shukri Yahaya dan Datuk Seri Aliff Syukri.

Kesemua mereka bersama anak masing-masing juga turut membantu Sharnaaz dalam mencari beg kesayangan anaknya.

Jadi, adakah misi Sharnaaz mencari beg kesayangan anaknya daripada jenama Mommyhana itu berjaya?

Bagi merealisasikan misi itu, Mommyhana menawarkan RM5,000 kepada mereka yang berjaya menjumpai beg Jebat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas