Berita

Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024

- Diterbit 25 Disember 2023 3:30 PM MYT

PERHIMPUNAN Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira US$3.59 bilion, lapor Xinhua memetik UN News pada Ahad.

Bajet bagi 2024 adalah lebih tinggi berbanding 2023 yang berjumlah hampir US$3.4 bilion.

Belanjawan tetap itu untuk kegunaan aktiviti PBB meliputi pelbagai bidang, termasuk hal ehwal politik, keadilan dan undang-undang antarabangsa selain bagi pembangunan kerjasama serantau, hak asasi manusia dan hal ehwal kemanusiaan serta maklumat awam.

Badan dunia itu mempunyai belanjawan pengaman berasingan yang mempunyai kitaran fiskal yang berakhir pada 30 Jun. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas