Selebriti

Mark Adam positif COVID-19… “Mohon doakan” – Isteri

- Diterbit 26 Disember 2021 1:00 PM MYT

SELEBRITI serba boleh Mark Adam,42, telah disahkan positif COVID-19 malam tadi.

Menurut isterinya Norazah Redzuan atau lebih mesra dipanggil Ezan, Mark Adam berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani kuarantin di rumah mereka.

“Salam semua, suami saya Mark Adam telah disahkan positif COVID-19 malam tadi dan alhamdulillah saya negatif.

“Sekarang kami sedang menjalani kuarantin di rumah.. Alhamdulillah keadaan MA baik.

“Mohon doakan kesihatan kami pulih seperti biasa insya Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua Amin,” tulisnya menerusi Instagramnya @ezzpowers.

Ezan juga menjelaskan mereka sudah pun lengkap dua dos vaksin COVID-19.

“Alhamdulillah terima kasih banyak. Ya kami dah settle vaksin kedua (dos lengkap) pada 28 Ogos lalu,” katanya kepada Wilayahku.

Walaubagaimanapun, Ezan lebih redha dan berfikiran positif dengan ujian ini serta sentiasa mendoakan kesihatan suaminya itu.

“Ya Allah sesungguhnya aku redha dengan setiap ujian Mu..Aku bersyukur kerana aku diberi peluang berdepan dengan masalah ini, dan aku yakin Engkau memilih aku kerana aku kuat dan mampu menghadapinya..

“Get well soon B insyaallah everything will be ok.. Think positive thoughts and you may heal more quickly than you thought,” katanya lagi.

Semoga Mark Adam kembali sihat seperti biasa. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas