Biz

Wealthpier bakal disenarai di bursa saham pada 2025

KETUA Pegawai Eksekutif Wealthpier Berhad, Muhammad Azim Ishuddin menyampaikan ucapan dalam program Business Network Roadshow yang diadakan serentak dengan Majlis Makan Malam Gala di Kuala Lumpur,baru-baru ini.
- Diterbit 26 Disember 2021 2:00 AM MYT

WEALTHPIER Berhad, syarikat Perunding Perniagaan dan Pegangan Pelaburan diterajui oleh usahawan muda menyasarkan menjadi syarikat yang pertama dalam industri Meeting Incentive Conference Exibition (MICE) di negara ini dan akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2025.

Syarikat yang ditubuhkan pada 2020 itu mempunyai beberapa anak syarikat yang terlibat dalam sektor pengurusan majlis, pengurusan lokasi, perunding perniagaan runcit dan perdagangan.

KETUA Pegawai Eksekutif Wealthpier Berhad, Muhammad Azim Ishuddin menyampaikan ucapan dalam program Business Network Roadshow yang diadakan serentak dengan Majlis Makan Malam Gala di Kuala Lumpur,baru-baru ini.

Selaras dengan strategi syarikat, Wealthpier menganjurkan Business Network Roadshow (BNR) yang bertujuan menghubungkan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan pelabur dalam satu majlis Makan Malam Gala bertempat di Star Boulevard KLCC di sini baru-baru ini.

Melalui majlis makan malam korporat tersebut telah memberi peluang kepada tetamu yang diundang memilih jumlah meja, peluang berkongsi pencapaian syarikat, melancarkan produk di pentas dan dalam masa yang sama menikmati makan dan hiburan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wealthpier Berhad, Muhammad Azim Ishuddin 30, matlamat program adalah untuk membina rantaian perniagaan di kalangan syarikat-syarikat yang hadir dengan para pelabur undangan yang mahu menjalin kolaborasi.

“Program BNR kali ini memilih usahawan PKS sebagai langkah membudayakan pengurusan syarikat ke arah lebih professional, bergaya korporat dan mampu berdaya saing di mata dunia.

“Kami membuka peluang kepada usahawan PKS diraikan dengan majlis penghargaan dan sambutan majlis makan malam bertema di lokasi berprestij.

“Tetamu berkongsi dalam satu dewan yang sama bukan sahaja mengharmonikan hubungan sesama pekerja tetapi berkenalan dengan kakitangan daripada syarikat lain.

“Ia turut mengalakkan pihak majikan menghargai pasukan dan pekerja mereka melalui majlis makan malam korporat yang memberi mereka pendedahan pencapaian syarikat – syarikat yang hadir.

“Wealthpier berharap majlis begini berupaya menzahirkan kebolehpasaran PKS dalam menguruskan syarikat ke arah korporat dan mempunyai misi lebih besar seiring dengan harapan negara menjelang Dasar Keusahawanan Negara 2030,” ujarnya.

ANTARA tetamu yang hadir dalam program Business Network Roadshow yang diadakan serentak dengan Majlis Makan Malam Gala di Kuala Lumpur.

Tambahnya, sebelum ini pihaknya telah mengadakan BNR di beberapa lokasi namun ditangguhkan akibat Pandemik COVID-19. Bagaimanapun syarikat-syarikat yang telah mendaftar terus diberi bimbingan secara dalam talian.

“Wealthpier adalah platform kepada para usahawan berkongsi idea dan padanan perniagaan yang baharu. Misalnya tiga syarikat PKS, MyT Edutech Berhad, Siam Oasis dan Womentum yang berkongsi idea dan model bisnes malam ini, mereka membuka peluang kepada pelabur yang berminat untuk membeli saham ekuiti syarikat masing-masing.

“Pada BNR yang lalu, Wealthpier telah berjaya memadan kerjasama antara pemilik syarikat dengan pelabur yang bernilai keseluruhan sebanyak 3 juta. Pada majlis makan malam ini, kami mensasarkan jumlah pelaburan bernilai 700 ribu akan dapat dicapai.

“Wealthpier akan memastikan syarikat yang menyertai BNR lebih fokus kepada pemasaran berimej korporat dan perancangan jangka masa panjang.

“Misalnya syarikat Myt Edutech Berhad, sebuah syarikat pengurusan tuisyen swasta yang berjaya mengumpul dana suntikan modal sebanyak 1 juta dalam masa dua bulan melalui strategi yang diperkenalkan oleh Wealthpier Berhad

“Pada malam ini, sekali lagi mereka akan mendapat pendedahan bagaimana sesebuah syarikat mempunyai daya tarikan dalam pelaburan. Di samping merungkai kaedah bagaimana saham syarikat laris dibeli apabila peluang dibuka kepada orang ramai.

“Maknanya selepas mengikut BNR sebelum ini, syarikat tersebut dapat mengenalpasti perancangan akhir bisnes sama ada dibeli oleh orang lain atau saham mereka boleh diberi oleh awam, ‘ ujarnya.

ARTIS Sazzy Falak yang juga bergelar usahawan menyampaikan prestasi syarikatnya Womentum pada majlis Makan Malam Gala sempena Business Network Roadshow di Kuala Lumpur Baru-Baru ini

“Perancangan akan datang, BNR akan diadakan di lokasi dan tema berbeza, misalnya malam ini bertemakan Gatsby manakala majlis BNR pada Mei tahun 2022 memilih tema budaya Malaysia.

“Pada tahun hadapan juga, Wealthpier merancang menganjurkan lebih banyak lagi majlis dengan jangkaan setiap bulan. Antaranya majlis Karnival Wanita, Festival Makanan, Karnival Kecergasan, Majlis Perlancaran produk dan lain-lain,” ujarnya.

Acara dimeriahkan lagi dengan persembahan saksofon dan band okestra bertemakan klasik Gatsby. Turut diadakan acara pemenang cabutan bertuah dan anugerah pakaian terbaik di akhir majlis.

Syarikat PKS yang berminat menyertai BNR boleh menghubungi pihak penganjur untuk kemaskini majlis dan lokasi. Mereka yang berminat akan berpeluang untuk menilai, membanding idea dan pengurusan bisnes lebih mantap dengan kenalan baru dan para pelabur. Layari www.wealthpierberhad.com .

Website: http://www.wealthpierberhad.com

Facebook: Wealthpier Berhad
Instagram:wealthpier_berhad – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas