Berita

Kembara Al-Falah 1.0 eratkan silaturahim

ROZMAN (tengah) bersama peserta konvoi.
- Diterbit 7 Februari 2020 3:42 AM MYT

LABUAN – Program Kembara Al-Falah 1.0 anjuran Jawatankuasa Masjid Al-Falah Kampung Bukit Kalam berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara Labuan, Keningau dan Sipitang, Sabah.

Melalui konvoi tersebut, warga Kampung menyampaikan sumbangan berupa makanan harian dan pakaian kepada masyarakat di Kampung Sepulut, Keningau.

Konvoi selama tiga hari itu juga menjelajah ke Sipitang.
Pengerusi Masjid Al-Falah, Abd. Rahman Jumat, berkata, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta serta pemberi sumbangan.

Konvoi melibatkan seramai 60 peserta dengan 14 buah kenderaan pacuan empat roda.

Konvoi Al-Falah 1.0 bermula pada 31 Januari lalu di Dataran Labuan bergerak ke Keningau dan singgah ke Sipitang sebelum kembali ke Labuan pada 2 Februari lepas.

Konvoi itu dilepaskan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

Hadir sama Ketua Kampung Bukit Kalam, Mat Said Haris dan Imam Masjid Al-Falah, Muhasrizal Moluk.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas