Selebriti

Juara AF2015 Sufie Rashid kahwini pengasas Krispy Krunchee

SUFIE AF KAHWIN
SUFIE mengucup dahi isterinya sejurus majlis pernikahan mereka.
- Diterbit 21 September 2019 8:27 AM MYT

JUARA Akademi Fantasia 2015, Mohammad Sufie Rashid, 28 sah bergelar suami kepada pengasas produk makanan, Krispy Krunchee, Nurulain Md. Yusof dengan sekali lafaz sebentar tadi.
 
Difahamkan majlis yang berlangsung di Pulse Grande Hotel Putrajaya itu hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja atas permintaan keluarga pasangan.

Menurut Sufie dalam satu kenyataan, dia bertuah mengenali isterinya kerana wanita tersebut begitu memahami dirinya.

“Ain sangat memahami kerjaya saya sebagai seorang selebriti dan tidak pernah menghalang saya untuk terus berkarya,” ujarnya.

Pada majlis tersebut menyaksikan dulang hantaran sembilan berbalas tujuh serta cek hantaran perkahwinan berjumlah RM20,000.00 serta Mas kawin sebanyak SGD300.00 dan sebentuk cincin.

Sufie dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan itu sendiri dan dikendalikan  oleh juru nikah iaitu Ustaz Haji Hasli Othman Pendaftar Nikah Putrajaya.

Majlis resepsi akan berlangsung pada esok, 22 September 2019 di Glam Hall, Mustapha Kamal, Damansara

Terdahulu pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 15 December 2018. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas