Berita

Huawei: 5G dan LTE lepasi ujian SCAS

- Diterbit 23 Disember 2020 8:32 AM MYT

HUAWEI, antara jenama telefon pintar ternama dunia secara rasminya menjadi vendor 5G dan LTE pertama melepasi penilaian Skema Rangkaian Peralatan Jaminan Sekuriti (NESAS) oleh Sistem Global Komunikasi Mudah Alih (GSMA).

Selain itu, Akses Rangkaian Radio (RAN) 5G dan LTE Evolved Node B (eNodeB) Huawei juga melepasi Spesifikasi Jaminan Sekuriti (SCAS) oleh Projek Perkongsian Generasi Ke-3 (3GPP).

Menurut Huawei, ujian tersebut dijalankan Persatuan Pemantauan Kenderaan Bermotor Jerman (DEKRA), makmal ujian sekuriti pertama di Eropah akreditasi untuk ujian SCAS.

Katanya, ujian yang dijalankan termasuk rangkaian sekuriti umum produk, sekuriti antara muka udara dan ujian asas kerentanan.

“Antaranya seperti perlindungan data dan maklumat, penyekat antara muka udara dan perlindungan integriti, ketahanan dan ujian kekaburan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, kesemua ujian tersebut adalah 100 peratus. – AFIFAH AFIZAL – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas