Berita

Hospital Labuan, KKM bincang dapatkan mesin Mamogram.

HOSPITAL Labuan kini dalam proses perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan mesin Mamogram bagi kemudahan rakyat di pulau itu.
- Diterbit 22 Jun 2023 9:39 AM MYT

HOSPITAL Labuan kini dalam proses perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan mesin Mamogram bagi kemudahan rakyat di pulau itu.

Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Labuan, berkata keperluan mesin tersebut amat diperlukan oleh masyarakat khususnya kaum wanita di pulau ini untuk menjalani saringan awal rawatan kanser.

“Kita menjangkakan Hospital Labuan akan memiliki mesin Mamogram pada tahun 2025 kerana ianya masih lagi dalam proses perbincangan dengan kementerian dan ini adalah usaha pihak kami untuk sentiasa membuat penambahbaikan kepada rakyat di Labuan.

Dr Ishvinder Singh Parmar

“Untuk waktu ini, kami sentiasa bekerjasama dengan pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) mengadakan program saringan kanser,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Saringan Kesihatan sempena Minggu Kesedaran Kanser di Rumah Kebajikan Lions Club Mandarin Labuan, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Ishvinder memaklumkan sebanyak 30 hingga 35 kes kanser baharu telah dicatatkan di Labuan bagi tempoh setahun.

“Berdasarkan data tahun lepas , seramai 32 pesakit telah selesai menjalani kemoterapi dan13 pesakit masih mendapatkan rawatan serta lima kes yang telah meninggal dunia.

“Kita menasihati rakyat di pulau ini agar menghadiri program-program saringan kesihatan yang telah dianjurkan oleh kami dan NGO agar ianya dapat dikesan lebih awal.

“Jika dapat dikesan lebih awal, satu per tiga kanser dapat dirawat,” katanya lagi. – WILAYAHKU.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas