Berita

Gerai mudah alih manfaatkan 200 penjaja

|
- Diterbit 28 Disember 2020 9:32 AM MYT

PENDEKATAN yang diambil Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama kondusif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) membekalkan gerai mudah alih ternyata bakal memberikan manfaat kepada penjaja. 

Sejumlah 200 gerai bakal diserah kepada penjaja yang layak sebelum 31 Disember 2020, menjadi khabar gembira dan amat bermakna bagi peniaga di sekitar Perumahan Awam (PA) dan PPR DBKL yang terpilih. 

Untuk permulaan kalangan penjaja di PPR Pekan Batu dan PPR Wahyu, boleh menarik nafas lega selepas inisiatif prihatin rakyat dilaksanakan oleh KWP dengan sokongan agensi menepati pepatah Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni di dalam membantu mengurangkan beban rakyat di WPKL. 

Penjaja yang kini diberikan kebenaran berniaga di bawah program Lesen KLPrihatin (Wilayah Bebas Berniaga) pastinya akan dapat berniaga dengan lebih selesa selaras dengan slogan Cakna Rakyat  diperkenalkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar. 

Jalinan kerjasama interaktif melibatkan pelbagai pihak sama ada menghulur atau yang menerima, pastinya akan membuahkan hasil positif selain memberi sinar baharu dalam kehidupan rakyat terutama dalam mendepani penularan Covid-19. – WILAYAHKU

Oleh: Syahidi Bakar

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas