Berita

Rabbani, Inteam paling menyerlah di ANAM 2020

- Diterbit 27 Disember 2020 10:19 PM MYT

KUMPULAN nasyid Rabbani mengungguli Anugerah Nasyid Malaysia 2020 atau dikenali ANAM 2020 yang bersiaran secara langsung di TV1 (RTM) malam tadi.

Rabbani membawa pulang tiga anugerah apabila lagu Ittihad memenangi kategori  Lagu Nasyid Terbaik, Vokal Nasyid Terbaik dan Lirik Nasyid Terbaik oleh Ito Lara.

Sementara itu, Inteam pula memenangi dua anugerah melalui kategori Artis Nasyid Pilihan berdasarkan undian dan Anugerah Kembara.

Manakala Raihan pula dinobatkan sebagai penerima anugerah Khalifah atas pencapaian cemerlang sepanjang dua dekad dalam industri nasyid.

ANAM 2020 dianjurkan oleh Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia), mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan RTM sebagai penyiar rasmi.

Acara yang mengiktiraf irama nasyid ini juga turut disokong penuh oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Taqwa MAIWP dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP sebagai rakan strategik.

 ANAM 2020 yang dihoskan oleh Hafiz Hamidun dan Fara Fauzana ini membabitkan penilaian lapan juri profesional diketuai oleh Farihin Abdul Farah.

Antara Artis yang membuat persembahan ialah  Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers dan Inteam ternasuk, Datuk Jamal Abdillah, Naim Daniel, Khai Bahar, Colour of Voices, Saujana dan ramai lagi.

Manakala, selebriti yang tampil di pentas menyampaikan anugerah kepada pemenang adalah Altimet, Datuk Nash, Along Exists, Imam Muda Ashraf, Munif Hijjaz dan Ustaz Amal. – WILAYAHKU

 

Keputusan ANAM 2020

Lagu Nasyid Terbaik: Ittihad (Rabbani)

Vokal Nasyid Terbaik: Rabbani

 Lirik Nasyid Terbaik: Ittihad – Rabbani (Ito Lara) 

Artis Nasyid Pilihan: Inteam

Anugerah Kembara: Inteam

Anugerah Khalifah: Raihan

Artis Nasyid Baharu Pilihan: Aniq Muhai Anugerah Nasyid Nusantara Pilihan: Sabyan dari IndonesiaR

Rakaman Lagu Nasyid Terbaik : Amin Nordin menerusi lagu Sakit.

Susunan Muzik Nasyid Terbaik: Omar K.

Video Muzik Nasyid  Terbaik: Tiada pemenang (menurut Juri Habsah Hassan,  tahap penghasilan video muzik tiidak mencapai penilaian ditetapkan)

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas