Biz

Eskayvie buka peluang bisnes, beri manfaat kepada 3.5 juta penduduk Sabah

- Diterbit 29 Oktober 2023 4:39 AM MYT

SYARIKAT pengeluar produk kesihatan Halal nombor satu di Malaysia, Eskayvie terus meluaskan jenamanya dengan pembukaan pusat edaran terbaharu di KK Times Square, Kota Kinabalu, Sabah,  pada Sabtu lalu.

Pengarah Urusan Eskayvie Kartika Wati Mohamed berkata, pembukaan pusat edaran itu  bagi memenuhi keperluan penduduk Sabah agar produk dapat diperolehi dengan cepat selain pelanggan dapat menikmati penjimatan untuk kos penghantaran.

“Semenjak Eskayvie memperkenal model perniagaan baru iaitu Eskayvie Nexus pada tiga  tahun lepas, kami menyaksikan peningkatan terhadap permintaan produk kami terutamanya di Sabah. Justeru, dengan pembukaan pusat edaran di Kota Kinabalu ini, kami berharap dapat berkongsi kebaikan produk kesihatan berkualiti tinggi keluaran Eskayvie ini kepada lebih 3.5 juta penduduk Sabah yang memerlukan.

“Pusat edaran ini turut menyediakan akademi latihan bagi melahirkan lebih ramai usahawan di Sabah. Program latihan dan bimbingan yang komprehensif disediakan untuk membantu setiap usahawan membangunkan perniagaan yang berjaya sekaligus mencapai tahap kewangan yang lebih baik.

“Setiap usahawan ini akan mempelajari langkah demi langkah  menghasilkan pendapatan minimum RM3,000 sebulan atau lebih,” katanya.

PUSAT edaran Eskayvie terbaharu di Kota Kinabalu, Sabah menerima kunjungan para pelanggan dan usahawan Nexus yang teruja dengan inisiatif Eskayvie untuk membantu masyarakat Sabah mendapatkan produk berkualiti Eskayvie dengan lebih cepat selain menikmati penjimatan untuk kos penghantaran.

Menurutnya yang juga wanita pertama menerima Anugerah Usahawan Wanita Terbaik 2022 oleh SME Corp berkata, pihaknya menyasarkan untuk melahirkan 2000 Usahawan Eskayvie yang akan menghasilkan jualan sehingga RM10 juta setahun di Sabah pada 2024.

“Oleh itu, penduduk Sabah perlu rebut peluang perniagaan bersama kami kerana ia 100 peratus tanpa risiko kerugian. Peluang perniagaan yang disediakan ini sangat mudah. Ia tanpa modal dan tidak perlu simpan stok. Malah, tidak perlu risau mengenai penghantaran produk kerana semuanya diuruskan oleh syarikat.

“Mereka yang ada pengalaman berniaga tetapi masih belum berjaya juga berpeluang untuk berjaya melalui bimbingan secara holistik oleh pasukan kami yang berpengalaman dalam membangunkan perniagaan sehingga ke peringkat global.

“Saya berharap inisiatif seperti ini menjadi pemangkin kepada setiap usahawan di Sabah untuk mengambil peluang yang diberikan. Peluang seperti ini tidak boleh dilepaskan begitu saja lebih-lebih lagi kepada mereka yang ingin menjadi usahawan berjaya,” katanya.

KARTIKA Wati bersama Dr Syid Ayob merasmikan pusat edaran terbaharu Eskayvie di KK Times Square, Kota Kinabalu, Sabah

 

KARTIKA Wati berkongsi peluang keusahawan serta kemudahan yang disediakan Eskayvie kepada usahawan yang ingin tingkatkan ekonomi keluarga dengan menjana pendapatan empat hingga enam angka sebulan.

Pada majlis sama, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie selaku formulator produk-produk berkualiti Eskayvie Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri turut berkongsi pandangan mengenai amalan gaya hidup sihat.

“Keseluruhan rangkaian produk ini bukan saja diformulasikan daripada bahan semula jadi, malah menggunakan bahan berkualiti premium dan berpaten dunia. Ia sangat penting bagi membantu tahap kesihatan masyarakat di Malaysia.

“Isu kesihatan di Malaysia semakin serius termasuklah berkaitan kesihatan mental yang semakin menjadi tumpuan.

“Jadi, penting untuk kita lakukan langkah-langkah dalam memperbaiki keadaan kesihatan kita dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui amalan pemakanan yang semula jadi dan berkhasiat.

“Pengambilan nutrisi tertentu juga diperlukan kerana ia terbukti memberi kesan positif terhadap kesihatan minda.

“Eskayvie turut memformulasikan Mindtropic dan i-Qids khusus bagi menyokong kesihatan minda yang membantu individu lebih fokus, menguatkan memori dan mengurangkan stres,” katanya.

PUSAT edaran terbaharu Eskayvie, KK Times Square, Kota Kinabalu, Sabah

 

DR Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, formulator produk-produk berkualiti Eskayvie, berkongsi tentang gaya hidup Eskayvie melalui pendekatan menyeluruh dalam penjagaan kesihatan.
ESKAYVIE menyediakan pusat latihan dengan bimbingan yang komprehensif bagi membantu usahawan Eskayvie Nexus di Sabah dapat membangunkan perniagaan yang berjaya seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi Sabah.

Menurutnya, Eskayvie menawarkan pendekatan menyeluruh untuk penjagaan kesihatan dengan rangkaian produk yang merangkumi detoks, pemulihan, peremajaan, penstabilan dan imuniti.

Untuk maklumat lanjut mengenai peluang menjadi usahawan Eskayvie Nexus, layari

http://www.eskayvie.com atau http://www.eskayvienexus.my

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas