Selebriti

Cikgu Ery meninggal dunia

- Diterbit 29 November 2023 9:00 AM MYT

PEMPENGARUH popular yang juga seorang guru, Mohd. Khairiri Ramli atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ery dilaporkan meninggal dunia semasa mengendalikan senaman di Tasik Tropicana Aman Rimbayu pagi tadi.

Berita kematian itu dimaklumkan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tinggi, Adlin Amir Hamzah di Facebook.

Difahamkan Cikgu Ery, 46, meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Allahyarham meninggal dunia semasa kendalikan senaman bersama kumpulan.

“Paramedik ambulans telah sahkan kematian. Sedang menunggu kehadiran pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Keluarga arwah telah dihubungi,” katanya.

Ketika hayatnya, Cikgu Ery yang dahulunya dikenali sebagai Cikgu Erin memberi inspirasi kepada masyarakat menerusi kisah penghijrahannya.

Cikgu Ery juga merupakan aktivis yang aktif membantu golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) termasuk bekas mak nyah yang ingin berubah.  – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas

BERITA SEMASA