Berita

Cabutan bonanza 2024

- Diterbit 12 Januari 2024 9:40 AM MYT

BERITA baik semua pembayar cukai taksiran, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjemput anda untuk menyertai Cabutan Bonanza Cukai Taksiran DBKL 2024 dan berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah kereta jenis BYD Dolphin serta pelbagai hadiah menarik.

Hanya dengan tiga langkah mudah iaitu Daftar, Bayar dan Menang, anda terlebih dahulu perlu mengimbas kod QR yang tertera di poster cabutan bonanza di Facebook DBKL untuk mengemas kini e-mel dan nombor telefon.

Kemudian, bayar cukai taksiran anda bagi tahun 2024 (penggal 2) sebelum 29 Februari dan pastikan tiada tertunggak.

Menurut DBKL, cabutan bonanza ini terbuka kepada semua pemilik harta individu, harta syarikat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan institusi (­kewangan dan bukan kewangan) di Kuala Lumpur.

“Ia terbuka kepada warga Kuala Lumpur yang telah mendaftar e-mel untuk menerima eBill dan telah membuat bayaran cukai taksiran 2024 untuk setahun (2 penggal),” jelasnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas