Berita

Bokitta sumbang 445 helai tudung kepada petugas hospital

SHAHRINA (dari kiri) menerima sumbangan tudung Bokitta daripada Aniza dan Ayu Roslan di Hospital Sungai Buloh semalam.
- Diterbit 24 April 2020 6:04 AM MYT

KUALA LUMPUR – Sebanyak 445 helai tudung jenama Bokitta yang bernilai RM17, 355 telah disumbangkan kepada Hospital Sungai Buloh dekat sini bagi memenuhi keperluan petugas-petugas barisan hadapan yang berhijab ketika bertugas bagi memerangi Covid-19.

Sumbangan tudung tersebut disampaikan oleh wakil Bokitta iaitu Pengarah Urusan A&A Empire Sdn. Bhd., Datin Ayu Roslan dan Ketua Pegawai Operasinya, Aniza Shahadan kepada wakil Pegawai Perhubungan Awam Hospital Sungai Buloh , Shahrina Abd. Samad di perkarangan hospital tersebut semalam.

Menurut Ayu Roslan, sumbangan itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang dijalankan oleh jenama tersebut yang berpangkalan di Beirut, Lubnan.

INILAH antara sumbangan tudung yang diserahkan Bokitta kepada petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh.

“Terima kasih kepada Pengasas Bokitta, Mubde Absi di atas keperihatinan beliau terhadap petugas barisan hadapan di Malaysia.

“Hari ini kami mewakilkan Bokitta Malaysia untuk menyampaikan sumbangan kepada pihak hospital.

“Salah satu keperluan petugas-petugas wanita hospital di waktu pendemik ini adalah tudung. Oleh itu Bokitta terpanggil untuk menyumbangkan salah satu rekaannya untuk kegunaan mereka.

“Bokitta berharap sumbangan ini dapat memudahkan urusan petugas-petugas di hospital ini untuk terus berada di barisan hadapan dan kekal berada dalam keadaan yang selesa,” katanya.

Tambahnya, ia bersesuaian dengan konsep Bokitta yang merupakan produk hijab instant yang memberi kemudahan dan keselesaan kepada pemakai.

Bokitta merupakan hijab instant kontemporari yang berasal dari Beirut dan mendapat hak paten daripada Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) pada tahun 2010 dan diiktiraf di 144 negara seluruh dunia.

Bokitta membawa inovasi kreatif tudung instant tanpa pin yang memberi keselesaan kepada pemakai yang mahu lari dari konsep tudung berpin yang remeh dan mengambil masa persiapan yang panjang.

Setiap rekaan Bokitta didatangkan dalam pelbagai size dan stail iaitu Voila, Voila Maxi, Chic, Chic Maxi, Taj, Freesyle dan Capshawl. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas