Utama

Bendera bintang lima: Polis buka kertas siasatan

PDRM
2019.
- Diterbit 26 November 2019 5:43 AM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan bagi menyiasat insiden tayangan bendera Malaysia berbintang lima di skrin semasa lagu Negaraku dimainkan pada acara pembukaan Piala Lum Mun Chak U15 Ke-28 semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihak Malaysia Basketball Association (MABA) telah membuat laporan polis berkenaan kes tersebut pada pukul 10.07 pagi tadi di Balai Polis Tun H. S. Lee.

“Polis Kuala Lumpur membuka siasatan untuk kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Gambar bendera Malaysia yang ditukar pada bahagian bintang.

Dalam pada itu, Presiden MABA, Datuk Lua Choon Han mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas tayangan bendera berkenaan dan akan bertanggungjawab sepenuhnya.

Jelas beliau, kesalahan tersebut adalah dari bahagian teknologi maklumat pengurusan majlis berkenaan.

“Seperti yang dipaparkan, kami amat berbangga dengan Jalur Gemilang dan gembira untuk bermain mewakili negara.

“Maafkan kami. Kami juga sentiasa berusaha untuk meningkat dan membangunkan sukan bola keranjang di Malaysia,” katanya. – WILAYAHKU

Rakaman video yang tular sejak semalam memaparkan bendera Malaysia berbintang lima yang dipaparkan di skrin semasa lagu Negaraku dimainkan.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas