Berita

Ashraf Sinclair meninggal dunia di Jakarta

- Diterbit 18 Februari 2020 1:19 AM MYT

PUTRAJAYA – Suami penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari, Ashraf Sinclair, 40, meninggal dunia di Jakarta, Indonesia awal pagi tadi kerana serangan jantung.

Berita mengejutkan tersebut dilaporkan portal-portal berita Indonesia.

Pelakon yang mula mencipta nama di Malaysia sebagai model sekitar tahun 90-an dan membintangi filem Gol & Gincu pada 2005 sebelum kemudiannya mencipta nama di Indonesia.

Ashraf yang juga abang ipar kepada penyanyi terkenal Yuna meninggalkan seorang balu dan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair.

Rata-rata artis tempatan menerusi laman Instagram merakamkan ucapan takziah di atas pemergian bintang tersebut. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas