Berita

Ahli Parlimen, ADUN dilarang anjur, hadiri majlis

KUALA LUMPUR, 13 Julai -- Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu Datuk Azhar Azizan Harun memberi ucapan sulong pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini.
- Diterbit 1 Jun 2021 4:21 AM MYT

SEMUA AHli Parlimen dan ADUN di negara ini tidak dibenarkan mengadakan atau menghadiri sebarang majlis sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh yang bermula hari ini.

Mereka bagaimanapun dibenarkan merentas negeri dan daerah untuk melawat kawasan masing-masing.

Menurut prosedur operasi standard (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berkuat kuasa hari ini.

Ketika tempoh sekatan pergerakan penuh ini, tiada rentas sempadan negeri dan daerah dibenarkan berdasarkan sempadan daerah yang ditetapkan kerajaan negeri.

Hanya dua wakil keluarga dibenarkan keluar mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubatan, penokok diet dan keperluan asas dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya.

Ia adalah mengikut peraturan 16 PU (A) 243/2021, Akta 342 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Sebelum ini, SOP yang dikeluarkan pada 5 Mei lalu, membenarkan ahli parlimen dan ADUN merentas daerah dan negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tujuan urusan rasmi atau melawat kawasan masing-masing manakala SOP pada 25 Mei tiada maklumat sama dimasukkan dalam kemas kini bertarikh sama. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas