Berita

PL komited bantu golongan B40

- Diterbit 1 Jun 2021 2:10 AM MYT

PRIHATIN ­terhadap nasib golongan B40 di Pulau Bebas Cukai itu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan, Perbadanan Labuan (PL) ­mengambil ­tindakan pantas ­dengan menyediakan sebanyak 1,000 bakul makanan untuk dihulurkan kepada golongan itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Fary Akmal Osman berkata, usaha itu dilaksanakan susulan daripada mesyuarat khas Jabatan-Jabatan Kerajaan ­bersama Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri TPr Annuar Musa pada Isnin ­lalu dalam usaha membantu ­warga Wilayah Persekutuan yang terkesan.

“Sumbangan bakul makanan ini merupakan makanan asas ­seperti beras, minyak masak, ­gula dan sebagainya akan diberikan kepada golongan B40 semasa pelaksanaan PKPD,” katanya ­ketika dihubungi Wilayahku.

Dalam pada itu, Fary ­berkata aktiviti agihan bantuan bakul makanan itu akan diselaraskan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
“Permohonan bantuan kit makanan boleh dibuat melalui talian hotline 087-408758 bermula jam 9 pagi hingga 4 petang,” jelasnya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas