Berita

Suspek curi dalam masjid dikehendaki

SUSPEK yang dipercayai mencuri di dalam masjid. - Ihsan Polis KL
- Diterbit 8 Januari 2020 12:27 AM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan suspek kes curi di Masjid Ibnu
Abbas, Taman Ibu Kota Setapak di sini pada 4 Januari lalu.

Kejadian pada pukul 9 malam yang direkodkan kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu mendapati seorang lelaki telah masuk ke dalam masjid dengan keadaan mencurigakan dan memakai telekung berjalan ke arah beg tangan ketika jemaah sedang menunaikan solat.

Sehubungan itu, Bahagian Komunikasi Korporat Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, Asisten Superintenden S. Gopal di talian 012-5120242 atau 03-92899222.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, IPD Wangsa Maju, Sarjan Mohd. Mudzamil Razak di talian 013-3260395 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas