Berita

Waris rakyat Malaysia tidak perlu bimbang

WISMA Putra
- Diterbit 8 Januari 2020 8:22 AM MYT

Oleh AZLAN ZAMBRY
[email protected]

PUTRAJAYA – Waris kepada rakyat Malaysia yang berada di Iraq dinasihatkan supaya tidak bimbang dengan keadaan yang berlaku di sana.

Menurut Wisma Putra, operasi ketenteraan yang dijalankan di Iraq hanya menyasarkan pangkalan tentera Amerika di Iraq.

“Kira-kira 300 rakyat Malaysia yang berkhidmat di Petronas dan sekitar kawasan berada dalam keadaan baik dan selamat.

“Oleh itu, Wisma Putra sedang memantau dengan lebih dekat mengenai perkara tersebut. Semalam, pihak kami juga menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di sana untuk mendaftar di kedutaan Malaysia di Jordan,” katanya ketika dihubungi Wilayahku hari ini.

Tambahnya, Wisma Putra juga sudah mempunyai perancangan untuk mengeluarkan rakyat Malaysia yang terlibat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas