Selebriti

Bapa Ashraf Muslim meninggal dunia akibat COVID-19

- Diterbit 28 September 2021 2:41 AM MYT

BAPA kepada pelakon popular Ashraf Muslim, Muslim Bulat,67, meninggal dunia pada pukul 6.37 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, selepas lapan hari bertarung nyawa akibat jangkitan COVID-19 tahap lima.

Menerusi Instagram, Ashraf,40, berkongsi khabar duka pemergian bapanya.

“Assalamualaikum semua, hari ini hari yang paling sedih. Ayah sudah meninggalkan kami dalam keadaan baik dan tenang.

“Mungkin itu yang terbaik untuk dia sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami.

“Saya sebagai anak sulung ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup.

“Kalau ada hutang-hutang atau perkara yang masih belum selesai boleh hubungi saya. Insya-Allah, sama-sama kita doakan semoga ayah ditempatkan di tempat ‘special’ (istimewa) di alam baru bersama mereka-mereka yang beriman. Insya-Allah,” tulis Ashraf.

Terdahulu pada 20 September lepas pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu memaklumkan bapanya terpaksa diintubasi kerana keadaannya yang kritikal apabila jantungnya semakin lemah dan sebahagian organ dalaman rosak setelah dijangkiti COVID-19.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas