Berita

SUKMA 2022: Wilayah Persekutuan tangga ketiga SUKMA XX MSN

WILAYAH Persekutuan menutup tirai SUKMA XX dengan berada di kedudukan ketiga secara keseluruhan.
- Diterbit 24 September 2022 3:59 PM MYT

WILAYAH Persekutuan berada di tempat ketiga keseluruhan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 yang berlangsung pada 16 September hingga 24 September.

Sementara Johor dan Terengganu pula mucul tempat pertama dan kedua pada temasya dwitahunan yang menghimpunkan 15 kontinjen negeri termasuk Brunei.

Akur ditempat ketiga, walaubagaimanapun Wilayah Persekutuan berjaya mengekalkan sasaran berada di tangga tiga teratas setiap kali menyertai SUKMA.

Pada Majlis penutup yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, hari ini, perenang Wilayah Persekutuan, Bryan Leong berjaya memecah rekod kebangsaan 13 tahun milik Daniel Bego dalam acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki menerusi catatan masa 53.32 saat (s) berbanding rekod lama 53.33s.

Terdahulu, Wilayah Persekutuan berjaya meraih 55 emas, 68 perak dan 64 gangsa sementara Johor 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa diikuti Terenganu 64 emas, 49 perak dan 56 gangsa. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas