Berita

SUKMA 2022: Wilayah Persekutuan raih gangsa acara terjun

AKSI Hanis Nazirul dalam acara 3 meter papan anjal, pagi tadi.
- Diterbit 21 September 2022 6:39 AM MYT

SKUAD terjun Wilayah Persekutuan meraih pingat gangsa menerusi acara 3 meter papan anjal individu yang diadakan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Hanis Nazirul Jaya Surya yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2021, gagal menepati sasaran untuk merangkul emas apabila penerjun dari Sabah mendahului dengan kutipan mata 390.30.

Selepas tamat enam terjunan, Hanis Nazirul meraih 348.60, mengatasi Elvis Priestly dari Sarawak yang berada di tempat keempat.

Sementara penerjun NurQayyum Nazmi Mohamad Nazim pula menamatkan cabaran di tempat kelima (304.15 mata).

Hanis Nazirul dan NurQayyum bakal bersaing merebut pingat menerusi acara 1 meter papan anjal yang akan diadakan pada petang ini.

Sehingga kini, Wilayah Persekutuan menduduki tangga ketiga teratas dengan 22 emas, 31 perak dan 36 gangsa manakala Terengganu berada di tangga kedua dengan 27 emas manakala Johor masih mendominasi dengan 51 emas. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas