Berita

SUKMA 2022: Tiga emas buat WiPers pada hari terakhir olahraga

SKUAD olahraga berjaya merangkul emas menerusi acara 4x400 m wanita yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
- Diterbit 18 September 2022 3:52 PM MYT

KONTINJEN Wilayah Persekutuan (WiPers) berjaya meraih tiga emas pada hari terakhir sukan olahraga menerusi acara heptatlon, 100 meter (m) lari berpagar dan 4×400 m.

Dua daripada tiga emas melalui atlet Winnie Eng May Xin menerusi acara heptatlon dan 100m lari berpagar.

May Xin nyata berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan sekali gus berjaya menambah koleksi emas buat kontinjen WiPers.

“Saya rasa badan saya segar pada pertandingan hari ini dan disebabkan itu juga saya mampu memberi aksi yang terbaik.

“Meskipun di sebelah pagi prestasi saya agak kurang baik tapi saya dapat tebus dan bangkit pada acara di sebelah petang,” katanya kepada Wilayahku.

Tambahnya, penglibatannya kali ini amat bermakna apabila turut berjaya memperbaharui rekod peribadi bagi kedua-dua acara perseorangan yang disertai hari ini.

“Bagi acara 100m lari berpagar saya mencatatkan masa 14 minit 55 saat di mana sebelum ini adalah 14 minit 64 saat. Manakala bagi acara hepatatlon saya berjaya mencatatkan masa 2 minit 23.10 saat berbanding sebelum ini 2 minit 25 saat,” ujarnya.

May Xin mencuri tumpuan apabila berjaya membuat pecutan di 50m terakhir dalam acara 4x400m meninggalkan Sabah di belakang. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas