Berita

Sukarelawan YOSH bantu anak-anak pelarian Syria

SHAHRUDDIN (tengah) menyampaikan duit raya kepada anak-anak Syria pada majlis anjuran YOSH di Surau Al- Furqan. Presint 11, Putrajaya baru-baru ini.
SHAHRUDDIN (tengah) menyampaikan duit raya kepada anak-anak Syria pada majlis anjuran YOSH di Surau Al- Furqan. Presint 11, Putrajaya baru-baru ini.
- Diterbit 19 Julai 2019 1:47 AM MYT

AMAL. Seramai 54 anak pelarian Syria dari Pusat Pendidikan Jasmine Asy-Syams, Setiawangsa, Kuala Lumpur diraikan oleh sukarelawan Youth of Strength and Happiness (YOSH) di Surau Al-Furqan Presint 11, Putrajaya baru-baru ini.

Pengerusi Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM), Ahmad Umair Zulkefli berkata, program tersebut merupakan salah satu aktiviti YOSH yang merupakan unit sukarelawan di bawah YDKMM.

Katanya, YOSH memberikan fokus kepada aktiviti pembangunan belia dan aktif menjalankan pelbagai aktiviti kesukarelawanan di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Pada tahun ini, kita mengadakan sedikit kelainan dengan meraikan anak-anak pelarian Syria yang amat jarang kita jumpa dan dengar kisah mereka di media massa. Kita ingin menghargai dan mengeratkan hubungan silaturahim antara para sukarelawan yang datang daripada pelbagai tempat dan institusi seperti UPM, UKM, USIM, UIAM, UiTM Kampus Dengkil, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Kolej Vokasional Slim River, Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak dan banyak lagi,’’ katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh, Pengasas dan Penasihat Utama YDKMM, Dr. Mohd. Hizul Azri Md. Noor dan Pengerusi Surau Al-Furqan Presint 11, Tan Sri Ahmad Phesal Talib.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas