Berita

JAWI dekati anak-anak Chow Kit melalui program Smart Solat

PESERTA mendengar taklimat mengenai program Smart Solat yang dianjurkan JAWI di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur baru-baru ini.
PESERTA mendengar taklimat mengenai program Smart Solat yang dianjurkan JAWI di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur baru-baru ini.
- Diterbit 19 Julai 2019 1:44 AM MYT

DIDIK. Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Cawangan Tasawwur Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Bicara Santai Komuniti Disayangi – Smart Solat 2019 bertempat di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seramai 66 kanak-kanak dan remaja dari Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Chow Kit (PAKK) telah mengikuti program tersebut. Program dimulakan dengan teori Smart Solat yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Zakaria manakala sesi praktikal Smart Solat dikendalikan oleh Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Zakaria Yahya.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, Siti Razmah Idris.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas