Berita

Sukarelawan tingkat rasa cinta kepada haiwan, alam sekitar

SUKARELAWAN sedang membersihkan kandang haiwan di Zoo Negara.
- Diterbit 7 Mac 2020 7:59 AM MYT

PEKA. Sekumpulan 11 sukarelawan yang merupakan mahasiswa tahun kedua Pusat Sukan dan Sains Eksesais Universiti Malaya (UM) meluangkan masa selama empat hari di Zoo Negara bagi membantu petugas zoo melaksanakan tugas harian.

Antara tugasan yang dilakukan adalah membersih kandang dan menyediakan makanan haiwan.

Pensyarah Kanan Pusat Sukan dan Sains Eksesais, Dr. Teo Eng Wah berkata, program jalinan masyarakat itu diadakan bagi membolehkan mahasiswa mengambil peranan sebagai ejen perubahan dari aspek isu haiwan liar dan alam sekitar.

“Rutin permulaan tugas bagi setiap kawasan adalah dengan membersihkan kawasan kandang iaitu menyapu daun-daun kering yang gugur, membersihkan bekas makanan dan najis haiwan.

“Selain sebagai platform kepada masyarakat untuk mendekati haiwan liar, program sukarelawan sebegini juga berperanan sebagai lokasi pembelajaran berterusan dan pendedahan kepada isu yang membabitkan alam sekitar dan keseimbangan ekosistem,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas