Berita

Rayuan Bantuan Prihatin Nasional dilanjut 31 Mei

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
- Diterbit 10 Mei 2020 9:38 AM MYT

PUTRAJAYA – Setelah mengambil kira rungutan rakyat yang gagal dalam rayuan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), kerajaan bersetuju tempoh bagi berbuat demikian dilanjutkan sehingga 31 Mei ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkannya, beliau secara peribadi mendengar ada rungutan orang ramai yang gagal menerima bayaran tersebut atas pelbagai sebab.

Katanya, kegagalan itu termasuk kerana
maklumat yang diisi tidak lengkap.

“Ada juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.

“Di samping itu, ada juga antara yang memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori pelajar. Jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak,” katanya dalam perutusannya di sini hari ini.

Perdana Menteri menjelaskan, selain menghantar emel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat rayuan bermula esok dan Selasa bagi negeri-negeri yang bercuti Isnin ini.

“Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, Insya-Allah boleh diluluskan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata, kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN semalam termasuk permohonan baharu dan rayuan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.7 billion.

“Dengan kelulusan tersebut, jumlah penerima BPN setakat ini adalah 10.6 juta orang melibatkan bayaran berjumlah RM11 billion,” kata beliau. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas