Berita

Strategi Muhamad Nur Aiman berhasil

MUHAMAD Nur Aiman (kanan) bersama pelumba NTT Pro Cycling Team, Maximillian Richard Walscheid di KLCC baru-baru ini.
- Diterbit 14 Februari 2020 6:21 AM MYT

PECUT. Pelumba negara yang mewakili pasukan Team Sapura Cycling (TSC), Muhamad Nur Aiman Mohd. Zariff, 22, berjaya menyambar jersi merah selaku Raja Bukit pada peringkat ketiga perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Dataran Temerloh ke Menara Berkembar Petronas (KLCC) baru-baru ini.

Muhamad Nur Aiman meluahkan perasaan gembira kerana mampu melakukan yang terbaik untuk TSC dan sangat berpuas hati kerana apa yang dilakukan semuanya menjadi.

“Saya memang menyasarkan dapat membuat pemecahan awal untuk kutip mata maksimum di zon pendakian namun kebocoran tayar sewakti KOM 3 menyaksikan pelumba Australia (Rylee Field) berjaya mengutip mata penuh,” ujarnya.

Terdahulu perlumbaan peringkat ketiga menyaksikan pelumba NTT Pro Cycling Team, Maximillian Richard Walscheid dari Jerman muncul juara diikuti pelumba Itali Riccardo Minali dari pasukan Nippo Delko Provence dan pelumba pasukan TSC, Ahmet Orken yang meraih tempat kedua dan ketiga.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas