Berita

SPRM anjur pertandingan, pupuk nilai integriti dan anti rasuah kepada pelajar

SSN SMK Mutiara merangkul johan dalam pertandingan lirik dan lagu kategori sekolah menengah.
- Diterbit 24 September 2021 8:30 AM MYT

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Labuan menganjurkan pertandingan video pendek dan lirik lagu bertemakan anti rasuah dan integriti bagi menerap sifat integriti dikalangan pelajar.

MOHD YUSIZZUDIN

Menurut Pengarah SPRM Labuan, Mohd Yusizzudin Mohd Yusof, pertandingan itu dianjurkan bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti di kalangan pelajar di pulau ini.

“Ia turut menerapkan nilai-nilai integriti yang tinggi dan menanamkan sifat membenci serta menghindari rasuah di kalangan pelajar.

“Nilai-nilai ini perlu diterapkan secara awal lagi kepada pelajar agar mereka ini lebih memahami tentang kesan negatif tentang amalan rasuah, “ katanya kepada pemberita, baru- baru ini.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan, Samsul Mandisin berkata, pihaknya sentiasa komited bekerjasama bagi menganjurkan pertandingan itu untuk menerapkan nilai-nilai integriti dan membudayakan nilai anti rasuah kepada pelajar.

“Ianya mampu memberikan semangat kepada pelajar dan sikap bertanggungjawab demi membangunkan negara yang berintegriti serta bebas daripada salah laku rasuah,”katanya.

Terdahulu, bagi pertandingan lirik dan lagu kategori sekolah menengah dimenangi oleh Sekolah Sukan Negeri (SSN) SMK Mutiara dengan lagu Jihad Perangi Rasuah dan SMK Rancha-Rancha muncul johan bagi pertandingan video pendek kategori sekolah menengah.

Manakala bagi kategori video pendek sekolah rendah dimenangi oleh SK Pekan Satu dengan videonya yang bertajuk Parasit. – WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas