Berita

Solat Jumaat diteruskan – Dr. Zulkifli

- Diterbit 13 Mac 2020 5:29 AM MYT

PUTRAJAYA – “Setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah, Solat Jumaat tetap diteruskan hari ini dengan mematuhi beberapa garis panduan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Meteri (Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad.

Namun katanya dalam satu kenyataan hari ini, khutbah Jumaat perlu dipendekkan dan jemaah hendaklah berwuduk dari rumah terlebih dahulu.

“Mereka yang ada simptom Covid-19, tidak perlu hadir ke solat jumaat kerana termasuk dalam golongan orang sakit.

“Pihak masjid atau jemaah wajib menyediakan ‘hand sanitizer’ dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas