Berita

Solat Jemaah, Jalan Pegang Tangan…Tip Bahagia Rumah Tangga USTAZ DON

|PENCERAMAH yang juga selebriti Ustaz Don dan isteri meraikan ulang tahun perkahwinan kelapan dengan berkongsi tip buat warganet.
- Diterbit 25 Ogos 2020 11:23 PM MYT

SELAMAT ulang tahun perkahwinan yang kelapan buat penceramah popular Ustaz Don Daniyal dan isterinya Dr. Husna Mohd Zahry. 

Sempena hari penting buat pasangan bahagia yang bernikah pada 23 Ogos 2012 ini, Ustaz Don berkongsi tip yang diamalkannya dalam perkahwinan.

“Aku Suami. Saya sentiasa ingat pesan Datuk Ustaz Badlishah Alauddin hafizahullah, “jangan cakap tajuk keluarga sebab ini bukan padang hang. Bagi la Prof Muhaya ka, Dato Bahiyah ka, Ayahanda Dato Fadhilah Kamsah…”

“Saya tulis ini sebagai berkongsi sahaja. Bukan nk tunjuk pandai. Gambaq (gambar)  ni, adalah pada hari akad nikah 23/08/2012 bersamaan hari Khamis. Hari Raya. Syawal.

“Tips Suami perkahwinan 8tahun yang saya amalkan. (P/s: maksud 8 tahun ni, dah lalu fasa pertama 5/6 tahun ujian rumah tangga. 

“Masuk fasa kedua. Kalau orang tua-tua kata, lepaih 5 tahun kahwin, kalau masih pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer (hebat) lah.

“Ni kata orang tua-tua… Masih lagi jalan pegang tangan. Terima kasih orang tua-tua ataih (atas) nasihat… point di sini, bukan senang ya nak buat,” tulisnya di instagram miliknya. 

PENCERAMAH yang juga selebriti Ustaz Don dan isteri meraikan ulang tahun perkahwinan kelapan dengan berkongsi tip buat warganet.

Ustaz Don ada berkongsi petua yang diamalkannya mengikut nasihat orang-orang lama.

Baginya, sembahyang berjemaah adalah satu keajaiban yang sangat menakjubkan. 

“Ini memang satu miracle laaa… tak tahu nak kata macam mana, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah.

“Percayalah! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pula, Allah kan Maha Bijaksana… Amalkan lah… jangan tinggai…”

“Kalau lambat, qadha’. Kalau lupa, peringat. Kalau malas, bantu. Kalau tak reti, ajar (ajar).

“Kalau tidoq kalu… bagi masa, agak-agak lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut dan minta pi (pergi)  sembahyang.

“Jangan la buat chengé (garang) tak memasai… relaks la… Nabi Muhammad dengan keluarga pun relaks… Kalau susah, biasalah… Bukan kita kahwin dengan anak Nabi Shuib AS. so, relaks,” katanya yang turut menekankan faktor lain sebagai punca kebahagiaan rumah tangga.

Kena pandai urus kewangan

Katanya, empat faktor lain yang sangat penting diambil cakna adalah menunaikan tanggungjawab, menyediakan rumah, bijak menguruskan kewangan dan kenderaan.

“Abang, please… jangan jadi macam saya umur 35 baru nak belajar jaga duit dan urus duit nanti menyesal tak sudah Abang.

“Mujur la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat macam saya Abang… maklumat sekarang dah banyak.

“Buka Youtube, dengar. Buka Pinterest, baca. Buka Instagram, ambil manfaat. Buka Facebook, baca,” jelasnya lagi.

Terdahulu, ustaz Don yang berkahwin dengan Husna pada 2012 dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Don Mustofa, Don Ibrohim dan Don Sulaiman. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas