Berita

Sokong Barangan Malaysia, “Bantu Usahawan Tempatan” – ZOEY

- Diterbit 28 September 2020 3:00 AM MYT

KERAJAAN sering menggalakkan rakyat mengutamakan produk atau barangan buatan tempatan dengan menganjurkan pelbagai kempen dan aktiviti. 

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus sama-sama menyokong seruan kerajaan untuk kebaikan kita bersama. 

Kita sedar atau tidak, usaha kita menyokong dan membeli produk buatan Malaysia ternyata banyak membantu usahawan tempatan untuk lebih maju.

Ini turut diakui oleh selebriti terkenal yang kini bergelar usahawan iaitu Zoey Rahman. 

“Sokongan terhadap produk Malaysia ini sebenarnya sangat membantu usahawan tempatan untuk berkembang maju dalam perniagaan mereka.

“Walaupun bisnes kecil, dengan sokongan padu kita semua industri kecil sederhana (IKS) akan berkembang maju dan secara tidak langsung membantu dalam meningkatkan ekonomi negara. 

“Kita semua pun tahu, kerajaan sentiasa berusaha menganjurkan pelbagai aktiviti seperti karnival, ekspo dan sebagainya untuk membantu usahawan menjana pendapatan.

“Kita lihat sekarang, banyak produk kita sudah menembusi pasaran antarabangsa,” kata Zoey yang mengusahakan produk Mikaseries. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas