Berita

Skuad MAIWP Care Labuan anjur program santuni asnaf

SKUAD MAIWP Care Labuan dan pelajar SMA MAIWP Labuan bergambar di salah sebuah rumah asnaf di Kampung Layang-Layang baru-baru ini.
- Diterbit 5 September 2019 9:16 AM MYT

SANTUN. Skuad MAIWP Care Labuan bersama pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) MAIWP Labuan telah menjalankan Projek Mahabbah Kasih Asnaf di Kampung Layang-Layangan, Labuan baru-baru ini.

Objektif utama program itu adalah menyantuni asnaf serta menjalankan program gotong-royong di rumah asnaf yang terpilih.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Unit Baitulmal MAIWP itu disertai seramai 61 pelajar dan ia melibatkan lawatan ke 15 rumah asnaf di Kampung Layang-Layangan.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas