Berita

Jalanan dan Berbusana GPMS meriah

PESERTA program Semarak Kemerdekaan 2019 anjuran GPMS WP bergambar di perkarangan kompleks beli belah Sogo pada 31 Ogos lalu.
- Diterbit 5 September 2019 9:14 AM MYT

TRADISI. Bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-62 tahun, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan mengadakan program Semarak Kemerdekaan 2019 di pekarangan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program melibatkan seramai 300 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, persatuan-persatuan belia Wilayah Persekutuan dan komuniti setempat berkonsepkan ‘Jalanan dan Berbusana’.

Apa yang menarik peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum tampil dengan berbusana tradisional termasuk bertengkolok. Acara dimeriahkan dengan program mendeklamasikan sajak, persembahan silat dan musik tradisional selain bacaan Rukun Negara.

Pengarah program berkenaan, Dzulkarnain Roslan berkata, program sedemikian dapat menyemarakkan semangat patriotik dan mengukuhkan perpaduan antara kaum di negara ini.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas