Berita

SK Putrajaya Presint 9(2) muncul Johan Bicara Berirama

MURID-MURID dan guru SK Putrajaya Presint 9(2) bergambar kenangan selepas menjadi johan Pertandingan Bicara Berirama baru-baru ini.
MURID-MURID dan guru SK Putrajaya Presint 9(2) bergambar kenangan selepas menjadi johan Pertandingan Bicara Berirama baru-baru ini.
- Diterbit 2 Ogos 2019 3:08 AM MYT

CEMERLANG. Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) berjaya merangkul Johan dalam Pertandingan Bi­cara Berirama kategori sekolah rendah yang dianjurkan di Sekolah Kebangsaan Presint 11(3) pada 27 Julai lalu.

Melibatkan kira-kira 30 murid, ke­semua mereka membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000 dan sijil penyertaan.

Pertandingan yang diadakan bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang itu dianjurkan sempena Karnival Mega Perpaduan.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas