Berita

Ar Rahnu YaPEIM lancar tiga produk pembiayaan baharu

MUKHTAR (empat dari kiri) bergambar bersama bersama pegawai dan kakitangan Ar Rahnu YaPEIM selepas menyempurnakan majlis Pra Pelancaran Produk Baharu Ar Rahnu YaPEIM di Shah Alam baru-baru ini.
MUKHTAR (empat dari kiri) bergambar bersama bersama pegawai dan kakitangan Ar Rahnu YaPEIM selepas menyempurnakan majlis Pra Pelancaran Produk Baharu Ar Rahnu YaPEIM di Shah Alam baru-baru ini.
- Diterbit 2 Ogos 2019 3:14 AM MYT

SHAH ALAM – Penawaran tiga produk baharu pembiayaan kewangan Ar Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di pasaran dijangka memberi lebih pilihan kepada pelanggan dari pelbagai kelompok masyarakat.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YaPEIM, Mukhtar Ramli berkata, keisti­mewaan setiap produk pembiayaan baharu iaitu Ar Rahnu Bisnes YaPEIM; Ar Rahnu Emas dan Ar Rahnu Didik dijangka dapat memenuhi serta menepati keperluan setiap pe­ringkat golongan pelanggan meliputi para peniaga dan usaha­wan, pemilik produk emas YaPElM Gold serta pelajar.

Beliau berkata, inisiatif tersebut turut menyasarkan kelompok pelanggan ber­beza sama ada daripada aspek keperluan kewangan, keupayaan pembayaran mahupun jumlah nilai pinjaman ditawarkan.

”Produk Ar Rahnu Bisnes menawarkan margin pinjaman sehingga 80 peratus dengan tempoh gadaian selama 10 bulan, pastinya memberikan kelebihan kewangan kepada pelanggan layak mendapat pinjaman sehingga RM75,000 bagi setiap traksaksi, selain sejumlah RM150,000 secara terkumpul.

“Perkhidmatan kewangan baharu ini bukan saja menjadikan produk-produk Ar Rahnu YaPEIM lebih kompetitif dalam pasaran malah memenuhi permintaan peniaga,” katanya dalam majlis Pra Pelancaran Produk Baharu Ar Rahnu YaPEIM di sini baru-baru ini.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas