Berita

Agensi-agensi penyelamat sertai latihan amal Ex-Foxtrot

ANGGOTA bomba mengusung seorang ‘mangsa’ pada sesi Latihan Amal Ex-Foxtrot di Stesen Monorail Chow Kit baru-baru ini.
ANGGOTA bomba mengusung seorang ‘mangsa’ pada sesi Latihan Amal Ex-Foxtrot di Stesen Monorail Chow Kit baru-baru ini.
- Diterbit 2 Ogos 2019 3:02 AM MYT

BERSEDIA. Syarikat Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) baru-baru ini menganjurkan latihan kecemasan yang dinamakan Latihan Amal Ex-Foxtrot melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Dewan Banda­raya Kuala Lumpur, Polis Di­raja Malaysia, Hospital Kuala Lumpur, Angkatan Pertahanan Awam.

Latihan yang diadakan di Stesen Monorail Chow Kit itu melibatkan empat buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Hang Tuah, Jalan Tun Razak dan Sentul.

Latihan yang membabitkan pelbagai agensi tersebut dilaksanakan sebagai persediaan menghadapi ­­sebarang insiden kecemasan membabitkan orang ramai khususnya pengguna perkhidmatan pengangkutan awam tren tersebut.

Latihan yang bermula pada pukul 12.00 tengah malam itu tamat sepenuhnya pada pukul 2.30 pagi.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas