Berita

Siti Nurhaliza jadi tumpuan di pusat mengundi

- Diterbit 19 November 2022 8:38 AM MYT

KE mana sahaja beliau pergi, pastinya menjadi tumpuan ramai.

Begitulah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin mencuri tumpuan orang ramai apabila membuang undi sempena Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU Ke-15) di Sekolah Kebangsaan (SK) Alam Damai, Cheras hari ini.

Kehadiran penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu membuatkan ramai pengundi yang hadir tidak mahu melepaskan bergambar dengannya.

Siti yang ditemani pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkata, sebagai rakyat Malaysia, mengundi adalah satu tanggungjawab kepada negara.

“Perjalanan mengundi saya hari ini. Keadaan tenang.

“Semoga Allah SWT berikan kami pemimpin yang amanah dan berwibawa serta menjaga rakyatnya dengan baik. Amin,” tulisnya di Instagram. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas