Selebriti

Siti Nurhaliza hormat golongan antivaksin

- Diterbit 22 Oktober 2021 4:00 AM MYT

TIDAK dinafikan, pelbagai pandangan yang dilontarkan berhubung isu golongan antivaksin. Semua orang ada pendapat tersendiri.

Bintang nombor satu negara yang juga usahawan produk SimplySiti, Datuk Seri Siti Nurhaliza menghormati golongan yang menolak suntikan vaksin COVID-19 kerana mereka berhak membuat pilihan masing-masing.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Siapa Tak Mahu itu mengakui beliau mengambil vaksin untuk memberi perlindungan kepada anak-anaknya, selain menyuruh kakitangan mengambil tindakan sama agar suasana persekitaran lebih terjamin.

“Saya pun ambil vaksin sebab hendak lindungi anak-anak saya. Begitu juga dengan orang bekerja dengan saya hendak pasti mereka terjaga.

“Tapi pada masa tidak bermakna orang antivaksin tidak sihat dan mereka ada cara mereka. Saya menghormati kerana mereka ada hak masing-masing.

“Kalau boleh, kita hendak dalam suasana Insya-Allah terjamin walaupun susah nak cakap kerana ia subjektif. Kita rasa lega untuk bekerja itu sebenarnya,” katanya pada sidang media selepas pelancaran rangkaian produk baharu SimplySity di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Siti juga mengaku tidak pernah mempersoalkan sesiapa yang bekerja dengannya kerana percaya dengan tindakan produksi atau stesen televisyen mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Saya tidak pernah tanya sesiapa, sudah vaksin ke belum kerana percaya SOP dipatuhi oleh penganjur,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas