Biz

Lantik Zahra sebagai duta SimplySiti, “berhijab atau tidak bukan faktornya” – Siti Nurhaliza

|SITI dan Zahra ketika pelancaran memperkenalkan produk baharu daripada SimplySiti.|SITI Nurhaliza merasmikan pelancaran SimplySiti For All - Reflection of Perfection
- Diterbit 22 Oktober 2021 12:28 AM MYT

RAMAI yang memuji langkah bintang nombor satu negara yang juga pengasas produk kosmetik SimplySiti, apabila lebih terbuka memilih gadis tidak berhijab, Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, sebagai duta SimplySiti.

“Kalau ikutkan asalnya saya pun memang tak berhijab dan seterusnya saya berhijrah dan berhijab. Tetapi untuk satu jenama SimplySiti ini saya lebih terbuka,” ujar Siti Nurhaliza ketika ditemui pada majlis pelancaran produk baharu SimplySiti di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam 700 penyertaan dalam Pencarian Wajah SimplySiti, Siti mempunyai alasan tersendiri memilih Zahra sebagai duta produknya itu.

SITI dan Zahra ketika pelancaran memperkenalkan produk baharu daripada SimplySiti.

Zahra merupakan pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Insurans di Universiti Teknologi MARA (UITM).

“Berhijab atau tidak bukan faktornya tetapi saya memilih Zahra kerana perwatakannya yang menepati kehendak SimplySIti dari segi keperibadian, kebijaksanaan dan wajahnya.

“Buat masa ini, saya mahu mencuri hati anak-anak muda dan saya percaya Zahra sesuai mewakili mereka dan membawa jenama SimplySiti ke satu tahap baharu,” ujar Siti lagi.

Menurut Siti, Zahra bukan sahaja diberi tugas sebagai jurucakap SimplySiti tetapi perlu hadir ke pejabat dan belajar lebih mendalam mengenai produk dan perniagaan untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

“Dia perlu didedahkan dengan lebih banyak ilmu berhubung produk dan perniagaan bukan semata-mata sebagai duta sahaja yang mempromosikan diri dengan produk dalam media sosial,” jelas Siti yang tidak menghalang sekiranya Zahra mempunyai peluang berlakon asalkan sentiasa fokus terhadap tanggungjawabnya sebagai duta produk.

SITI Nurhaliza merasmikan pelancaran SimplySiti For All – Reflection of Perfection

Berkonsepkan SimplySiti For All – Reflection of Perfection’ rangkaian kosmetik terbaharu meliputi lebih dari 100 produk kosmetik dan penjagaan kulit ini.

Ia dihasilkan sesuai untuk memenuhi cita rasa pelbagai golongan usia memandangkan rona-rona warna yang dipilih padan untuk semua jenis dan warna kulit wanita Asia khususnya bagi kaum wanita yang mahukan penampilan ‘matte’ semula jadi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas