Selebriti

SITI NORDIANA Pilih FIKRY IBRAHIM, Ada Apa-Apa Ke?

|ANTARA babak dalam video muzik yang menampilkan Nana dan Fikry||VIDEO muzik Angkara memaparkan kisah rumah tangga
- Diterbit 7 Julai 2020 4:32 AM MYT

KATA orang, kalau sudah serasi bersama, ke mana pun kita pergi pasti selesa dengan orang yang sama. 

Begitulah juga dengan penyanyi dan pelakon Siti Nordiana yang tetap memilih Fikry Ibrahim menjadi pasangan dalam  muzik video lagu nyanyiannya, Angkara.

Istimewa buat peminat, Siti Nordiana, 36, atau lebih mesra disapa Nana turut menampilkan pelakon popular, Fikry Ibrahim dalam muzik video tersebut. 

ANTARA babak dalam video muzik yang menampilkan Nana dan Fikry

“Pengarah kalau boleh nak muka ‘bad boy’ dan ala-ala ‘playgirl’. Kebetulan saya dan Fikry pun baik. 

“Dia kawan yang sangat mudah nak bekerjasama. Berurusan dengan dia pun senang dan tak banyak kerenah.

“Pendek kata, dia sangat memudahkan kerja. Walaupun ada yang cakap kenapa Fikry lagi, sebab dalam video muzik Hatiku Milikmu turut menggunakan Fikry. Tapi, disebabkan seronok bekerjasama dengan Fikry, jadi kenapa tidak kami bekerjasama semula.

“Dia pelakon yang sangat memberi. Kalau tengok drama pendek ini macam-macam rasa ada,” katanya yang teruja apabila video muzik Angkara akan dipersembahkan dalam bentuk drama pendek.

Menurut Nana, idea itu timbul selepas melihat anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 12, yang suka menonton filem pendek di YouTube.

“Saya terfikir saya tak pernah buat macam ini, selalunya ‘countdown’ saja dan terus keluar video muzik penuh. Bagi saya ia sudah biasa. Jadi, kali ini saya nak bagi ‘extra’ dan drama sikit pada peminat.

“Dalam video muzik ini peminat kena menonton drama pendek dulu baru boleh tahu video penuh.

“Saya mendapat idea ini sebab anak suka menonton drama dan filem pendek di YouTube. Dari situ saya cuba untuk gunakan konsep sama dalam video muzik kali ini,” luahnya yang mahu menonjolkan kisah masalah rumah tangga yang banyak dipaparkan dalam drama atau filem.

Drama pendek hasil sentuhan Khairul Hazwan itu mengandungi empat episod. Episod pengenalan sudah ditayangkan pada 3 Julai lalu di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

VIDEO muzik Angkara memaparkan kisah rumah tangga

Seterusnya, episod kedua bakal ditayangkan pada 8 Julai dan ketiga pada 13 Julai ini, jam 9 malam di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Sementara itu, video muzik penuh bakal dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai. Serentak dengan itu, dilancarkan juga lagu Angkara. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas