Selebriti

LINDA EVA Nikah Ahli Perniagaan Muda

|LINDA Eva mahu jadi yang terbaik buat Fairuz
- Diterbit 6 Julai 2020 2:39 AM MYT

TAHNIAH Wilayahku ucapkan buat anggota kumpulan Eva, Linda yang  bakal bernikah dengan ahli Perniagaan muda, Mohd Fairuz Ibrahim,33, pada 10 Julai ini di Masjid Kuala Kubu Baru, Selangor.

Linda atau nama sebenarnya Norhaslinda Ishak,43, akan menamatkan status ibu tunggal setelah bercerai dengan bekas suaminya dua tahun lalu. 

“Alhamdulillah… akhirnya impian saya dan bakal suami untuk disatukan bakal menjadi kenyataan. 

“Saya sudah lama mengenalinya, namun hubungan cinta kami mula berputik selepas saya bercerai dengan bekas suami. 

“Fairuz seorang yang penyayang, bertanggungjawab, menyokong kerjaya saya dan sentiasa ada di saat susah senang saya.

“Walaupun dia muda 10 tahun daripada saya, namun dia seorang yang matang, tenang dan tidak mudah melatah. 

“Dalam masa yang sama, kami sekepala dan saya boleh masuk dalam dunianya. Apa yang saya boleh cakap, umur bukanlah penghalang untuk kami serasi,” luah Linda kepada Wilayahku.

LINDA Eva mahu jadi yang terbaik buat Fairuz

Linda yang pernah berkahwin dengan Hasbullah Mohd Salleh,47, ini mengaku  pengalaman dulu mematangkan dirinya untuk menjadi isteri yang lebih baik kepada Fairuz.

“Apa yang berlaku ada hikmahnya. Perceraian bukanlah  bermaksud kita harus bermusuh, sebaliknya masing-masing belajar daripada kesilapan lalu.

“Iyalah…dalam dunia ini tiada manusia yang sempurna. Apa yang lepas, biarlah berlalu.

“Mana-mana perkahwinan pun pasti ada dugaan tersendiri. Apa yang penting adalah saling percaya antara satu sama lain. Ini adalah asasnya. Kalau tiada kepercayaan, agak sukar untuk mana-mana hubungan pergi lebih jauh lagi,” katanya yang sepatutnya bernikah pada 5 Julai 2019.

Namun, pernikahan itu ditunda kerana kemalangan yang dialami oleh anaknya yang juga penyanyi, Haziq Hasbullah pada tarikh tersebut.

“Semua yang berlaku ada hikmahnya. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya,” katanya mengakhiri perbualan. 

Pasangan ini tidak merancang untuk bersanding sebaliknya lebih selesa mengadakan kenduri kesyukuran perkahwinan pada 11 Julai ini di D’ Empangan Udang Galah, Putrajaya. 

Hasil perkongsian hidup Linda bersama bekas suami, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Haziq, 20, Afrina, 16, Syuhadah, 15, dan Aliya, 10.

Sebelum ini, Linda bersama Eva popular dengan lagu dangdut Bulan Cinta – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas