Selebriti

EMMA MAEMBONG Hamil Anak Pertama

|EMMA mengumumkan dirinya hamil anak pertama di instagram miliknya
- Diterbit 7 Julai 2020 2:30 PM MYT

TAHNIAH Wilayahku ucapkan buat pelakon popular Emma Maembong dan suami yang akan menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Menerusi laman instagram miliknya, Emma yang sedang berbulan madu di Pulau Langkawi mendedahkan dirinya hamil. 

“Ini adalah bulan madu kami berdua yang pertama dan terakhir bersama suami. Tidak sabar tunggu awak lahir baby,” tulis Emma.

EMMA mengumumkan dirinya hamil anak pertama di instagram miliknya

Ruangan komen instagram Emma juga dihujani dengan ucapan syukur dan mendoakan agar Emma selamat melahirkan anak pertama bila sampai waktunya. 

Antara artis yang turut meninggalkan komen dan doa ialah Mira Filzah, Salina Saibi, Lia Natalia, Nadia Brian, Sherry Ibrahim ,AdelineTsen, Mimi Ernida dan ramai lagi.

Emma Maembobg,27, dan suaminya yang juga seorang juruterbang Muhammad Shazli Azhar, 32, berkahwin pada 20 Februari lalu. 

Semoga Emma dan anak dalam kandungan sentiasa sihat dan segalanya dipermudahkan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas