Selebriti

SHARIFAH SAKINAH Terkilan Kecaman Terhadapnya Selepas Bercerai

|PERCERAIAN dengan bekas suami bukan sesuatu yang mudah buat Sakinah.
- Diterbit 12 Julai 2020 12:41 AM MYT

TIADA siapa pun berkahwin mahu berakhir dengan perceraian. Begitulah juga dengan pelakon Sharifah Sakinah yang berpisah dengan suaminya pada akhir Mei lalu. 

Pelbagai komen negatif, kecaman dan tohmahan oleh warganet dilemparkan kepada Sakinah yang dilihat masih bersedih dengan perpisahan tersebut. 

Sharifah Sakinah menerusi laman sosial Instagram (IG)nya telah memuat naik hantaran dan menulis kapsyen luahan hati yang terkilan dengan anggapan negatif terhadap dirinya. 

PERCERAIAN dengan bekas suami bukan sesuatu yang mudah buat Sakinah.

“Saya mungkin berdiam diri dan tidak menjawab kiriman mesej. Terima kasih kepada yang memberi semangat dan kepada yang mengeji, ingatlah korang pun ada keluarga.

“Saya tidak akan dramakan kisah hidup saya dan tidak akan komen lebih. Buat masa ini saya hanya ingin fokus kepada kerja.

“Sesiapa yang mempunyai masalah dengan jalan hidup saya, cara berpakaian atau tindakan saya boleh unfollow.

“Nak komen boleh, tetapi janganlah bergaduh. Kita semua ada banyak lagi perkara lebih penting nak dilakukan,” katanya yang seolah-olah ‘penat’ dengan situasi ini.

Sakinah juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan serta tidak terlepas daripada melakukan kesilapan seperti jugak orang lain. 

Berilah peluang kepadanya untuk bertenang dan mengatur semula langkah dalam kehidupannya. 

Sakinah pada Khamis lalu mengakui rumah tangganya dengan juruterbang Aliff Adha, berakhir pada Mei lalu.

Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha, 3 tahun. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas