Selebriti

“Saya Terharu, I Love You YB” – KHALID JAMLUS

KHALID Jamlus mengaku rasa bertuah apabila Wan Fayhsal mahu membantu dirinya untuk kehidupan yang lebih baik.
- Diterbit 11 Julai 2020 10:15 PM MYT

KISAH bekas penyerang prolifik kebangsaan, Khalid Jamlus membuat lelongan kasut emas miliknya mendapat perhatian Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Fayhsal yang mengetahui berita tersebut setelah membaca kisah kesusahan Khalid di portal wilayahku.com.my menjemput bekas penyerang skuad kebangsaan Malaysia itu ke pejabatnya.

Pada 8 Julai lalu, Khalid berkunjung ke Pejabat Kementerian Belia dan Sukan bagi memenuhi jemputan  Fayhsal.

“Hasil pertemuan tersebut, insya Allah ada sinar untuk saya. Beliau ada menyuarakan idea bagaimana  saya boleh teruskan kehidupan pada masa akan datang. 

“Saya terharu sangat. I love you YB (Yang Berhormat)

“Beliau ada memberi peluang yang bagus untuk saya pada masa akan datang. Tunggu dan lihat saja nanti,” katanya pada sidang media sejurus selepas bertemu secara rapat dengan Fahyhsal. 

Pertemuan secara rapat antara Khalid dan Wan Fayhsal disaksikan oleh Noorul Ariffin pada sidang media pada 8 Julai lalu- Foto: Amin Farij Hassan

Menurut Khalid, peluang yang diberikan Fayhsal membuatkan dirinya lega. 

“Peluang itu masih dalam bidang bola sepak yang berkaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan. 

“Saya boleh curahkan ilmu dan pengalaman yang ada. Pengalaman itu mahal. 

“Tidak bertaraf lagenda tidak mengapa, janji pengalaman saya ini penting untuk mencurahkan ilmu kepada anak-anak muda. 

“Namun lebih lanjut tentang apa yang dibincangkan tadi akan diumumkan kemudian,” jelas Khalid yang tetap mahu melepaskan koleksi peribadinya, kasut emas yang pernah dianugerahkan kepadanya dulu. 

“Buat masa ini, saya perlu teruskan jual kasut emas yang pernah saya terima dulu. 

“Pasal saya jual kasut tu, apa orang nak cakap, cakaplah. Bila saya sudah tiada siapa pun dapat bantu. Jadi biarlah saya terus menjual apa yang boleh membantu saya perbaiki kehidupan. Saya tidak minta simpati,” ujarnya lagi.

Manakala Fayhsal yang mengagumi potensi Khalid, memberitahu akan membantu Khalid memperbaiki kehidupannya.

““Saya terpanggil untuk bertemu dengan beliau kerana saya membesar di era di mana beliau berada di kemuncak di persada bola sepak tanah air.  

“Jadi sebagai seorang peminat tegar kepada Khalid Jamlus, saya memang rasa terpanggil untuk mengadakan pertemuan  peribadi saya dengan beliau.

“Pada yang sama saya dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed akan membantu Khalid dalam hal ini. 

“Saya yakin Yakeb mempunyai kemahiran yang luas dalam mambantu atlet-atlet kita dallam memastikan kelangsungan hidup mereka,” ujarnya yang akan mengumumkan bentuk bantuan yang akan diberikan kepada Khalid dalam masa terdekat.

Baru-baru ini tular di laman sosial apabila Khalid Jamlus melelong  kasut emas yang dimenanginya pada musim 2002 dengan harga RM10,500 melalui bidaan di LIVE Facebook (-Khalid Jamlus-)

Selain kasut kemas, barangan lain yang turut dilelong semasa sesi lintas langsung Facebook tersebut adalah poster, jersi serta medal yang pernah dimenangi sepanjang karier beliau sebagai pemain bola sepak.

Menurut Khalid Jamlus dalam sesi bidaan tersebut, beliau sudah 3 tahun tidak mempunyai kerja dan mungkin faktor kewangan menjadi punca utama lelongan koleksi peribadinya dilakukan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas