Berita

Shahidan, Jalaluddin mahu mantapkan peranan agensi di bawah kementeriannya

SHAHIDAN (tengah) dan Jalaludin bergambar kenangan bersama barisan pegawai-pegawai kanan dan kakitangan di kedua-dua agensi selepas selesai
- Diterbit 10 September 2021 7:15 AM MYT

MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengadakan lawatan kerja ke Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) pada Selasa.

Kehadiran kedua-dua pemimpin tersebut disambut Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun serta pegawai-pegawai kanan YWP. Beliau meluangkan masa mendengar taklimat mengenai operasi di samping bertukar-tukar pandangan bagi memantapkan peranan YWP.

Lawatan seterusnya ke PKB disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar, Pengerusi PKB, Datuk Effendi Zahari dan Ketua Pegawai Eksekutifnya,
Datuk TPr Lokman Omar.

Kedua-dua pemimpin itu kemudianmendengar taklimat mengenai organisasi PKB serta perancangan pembangunan Kampung Baru. -AZLAN ZAMBRY

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas