Manfaat IWBB akan ditambah baik – Shahidan
SHAHIDAN menyerahkan bantuan bakul makanan kepada penerima yang layak semasa lawatan ke Taman Desa pada Selasa. Hadir sama Timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias serta Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar.

Manfaat IWBB akan ditambah baik – Shahidan

INISIATIF Wilayah Bebas Berniaga (IWBB) yang diperkenalkan 15 November tahun lalu akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

B e r k a t a mengenainya, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh lesen perniagaan percuma melalui skim tersebut yang dijadual tamat pada akhir tahun ini.

Ini kerana, katanya, kerajaan akan meneruskan semua dasar pentadbiran terdahulu (Tan Sri TPr Annuar Musa) yang dilihat memberi manfaat kepada masyarakat.

“Semua kerja baik yang telah dibuat oleh rakan-rakan (Menteri Wilayah Persekutuan terdahulu) akan diteruskan, bila masanya sampai kita akan umumkan.

“Ada penambahbaikan yang DBKL akan umumkan dari semasa ke semasa, kita bukan sahaja akan beri peluang kepada mereka berniaga malah akan permudahkan,” katanya dalam sidang akhbar pada program penyerahan bantuan bakul makanan [email protected]

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tempoh inisiatif tersebut dipanjangkan lebih lama lagi bagi meringankan beban peniaga yang terjejas akibat COVID-19.

Inisiatif Wilayah Bebas Berniaga yang diperkenalkan kira-kira 10 bulan lalu, membolehkan orang ramai khususnya mereka yang terjejas pendapatan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan sesuai secara percuma.

Terdahulu, pada majlis itu, Shahidan menyerahkan bantuan bakul makanan [email protected] kepada penduduk kurang berkemampuan di Taman Desa yang melibatkan tiga kawasan perumahan iaitu Flat Sri Lempah, Teratak Muhibbah 1 dan Teratak Muhibbah 2.

Sepanjang tempoh pelaksanaan, seramai 67,285 penerima daripada golongan kurang berkemampuan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan telah menerima manfaat daripada program bakul makanan tersebut dengan jumlah peruntukan lebih RM3.2 juta.

Inisiatif berkenaan tidak hanya fokus kepada penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awan (PA) sahaja, ia turut diperluaskan kepada perumahan dan flat kos rendah swasta yang terkesan. – AZLAN ZAMBRY

CATEGORIES